28 Jan 2013

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai Seorang Rasul dan Suami.



1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,'Isteriku sangat keraskepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?'

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhu'nya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikit pun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan?

Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan didunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikit pun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH S.W.T dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah S.A.W menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT..'

10 Tips Untuk Kempiskan Perut


Ingin mengatasi masalah perut buncit? Berikut adalah beberapa tips ringkas untuk membantu anda kempiskan perut. 
  1. Penting kualiti daripada kuantiti! Tidak perlu melaku beratus-ratus sit ups setiap hari! 1 ataupun 2 sessi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik. Don’t overtrain.
  2. Untuk merangsangkan otot abs anda setiap sessi, pelbagaikan latihan abs ! Gunakan latihan yang berbeza untuk latih abs daripada sudut yang berbeza. Bahagian abs termasuk, upper, mid, lower dan obliques.
  3. Fokus kepada contraction otot abs semasa latihan! Make sure its your abs that is doing the work dan bukan bahagian otot yang lain (back, leher dll).
  4. Fokus kepada pernafasan. Hembus nafas ketika “exertion” (ataupun ketika melakukan “crunch”). Ini akan membolehkan anda contract otot abs dengan sebaik mungkin
  5. Untuk sessi workout abs, lakukan 2-3 latihan yang berbeza. Sebagai panduan, stick to 3 set bagi setiap exercise dan 15-20 ulangan (reps) bagi setiap set!
  6. Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong anda untuk kempiskan perut selagi adanya lapisan lemak antara otot dan kulit!
  7. Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memeliki bahagian perut yang cantik! Elakkan makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang.
  8. Look after your calories. Seperti mana yang saya katakana dahulu, anda harus create calorie deficit untuk membakar lemak berlebihan!
  9. Latihan cardio ataupun bersukan adalah cara yang sesuai untuk membakar calorie berlebihan! It also makes dieting easier as kita tidak perlu jaga pemakanan dengan terlalu rapat!
  10. Jika anda telahpun kurangkan lemak badan tetapi tidak lagi nampak abs yang cantik, kurangkan pengambilan sodium (yang takung air badan) dan make sure semasa latihan, abs are fatigued. Tingkatkan ulangan ataupun beban jika perlu!

sumber : KevinZahri

27 Jan 2013

misi Cik Moncet untuk 30.03.2013

misi Cik Moncet untuk 30.03.2013


cuaca sejak dua tiga empat menjak ni panas.
maybe sebab perubahan cuaca bumi ( eh betol ke info ni cik moncet?)

geram pulak dengan Celcom ni tetibe je tak bleh nak send message.. aishhh ! 
( kipas2 bagi sejuk sikit ati kite ni !) dah la geram dengan Incik Sepet.. 
pandai je pos borang kawen guna SKYNET ! huh ! pos guna POSLAJU dah la! da lebih 3 hari tak sampai2 , apekes??? 
kadang2 nak hangin jugak dengan beliau tapi kang kalau dipanjang2kan memang perang dunia ke brape ntah! 
ok lupakan tentang kes tersebut !

program menurunkan berat badan aku nampaknya dah menunjukkan hasil ! aiceceh ! bangge 3saat !
punya la bersemangat skipping a.k.a 'jumprope' ! skarang dah larat nak skipping sampai 2000x sehari.. haha.. prestasi membanggakan okee! dengan penuh semangat meh cik moncet share ngan kamoo sume meh..  sharing is caring.. ahakss!

Target Cik Moncet 

10.01.2013 - 30.03.2013 ( tepat2 tarikh nikah tu wawawa)

cik moncet buat target penurunan 1kg untuk 1 minggu.
kantoi berat aku skang camtu ! haha ! 
tapi takpe2..
ni pembakar semangat jugak utk orang2 laen kan..
btol3...-- upin ipin cakap ! hik3..

10.01.2013 - 17.01.2013  :   58kg
17.01.2013 - 24.01.2013  :   57kg
24.01.2013 - 31.01.2013  :   56kg
31.01.2013 - 07.02.2013  :   55kg
07.02.2013 - 14.02.2013  :   54kg
14.02.2013 - 21.02.2013 :   53kg
21.02.2013 - 28.02.2013 :   52kg
28.02.2013 - 07.03.2013 :   51kg
07.03.2013 - 14.03.2013 :   50kg
14.03.2013 - 21.03.2013 :   49kg
21.03.2013 - 28.03.2013 :   48kg

amacam ok tak ? setakat ni alhamdulillah dah mencapai target ! syukur2..
yang penting disiplin tinggi! 
chaiyok2!

  • breakfast 2keping roti
  • lunch nasi 1 senduk + lauk + teh hjau 1 cawan
  • minum petang ( roti or biskut)
  • dinner - milo + oat

tapi kan sebenanrnya aku tak ikot sangat bab makan ni sebab aku lebihkan kepada senaman.
yela selama ni memang jarangggggggg2 aku bersenam..
tapi memang best sangat sejak dah rajin skipping ni badan lebih cergas !
aku memang suka skipping sebab kat dalam rumah pon dah bleh buat.
takde sape nampak ! hehe!
lebih privacy la kan...

ok bercerita tentang produk2 untuk kuruskan badan yang tengah hangat kat pasaran sekarang,
aku  memang takde guna mane2 produk pon..
sebabnye kebanyakn produk bile stop pengambilan mesti badan naik semula..
aku rajin jugak tengok FB KevinZahri

pembakar semangat aku tu!
sebab ramai individu yang berlebihan berat badan dah berjaya sejak amalkan tips2 dari beliau !
tak payah nak keluar duit pon . dengan bersenam & kawal nafsu makan tu dah boleh kurus ! cayalahhh!

ni quote yang aku c&p dr FB bliau



amacam paham tak ? 

ok la. untuk permulaan blog aku ni yang tak brape nak menarik.. (huhu ayat sentap je)
tak tau nak kategorikan blog aku ni blog spesis ape.. 
takde mimpi pon nak jadi blogger terkenal ..haha
cuma bila bosan2 ade jugak la tempat untuk aku luahkan.. (ade ke orang nak bace?)
nak dibandingkan dengan blog yang dulu mayb mase tu blum kenal erti dewasa..
ayat pon merapu meraban..
so tunggu next en3 yew..
^ . ^